Mrs. Owner

When someone trying to bring you down when you want to be a better muslim , just say .. You are a test that Allah has sent to me :)

People palingg spotting!

Tuesday 7 April 2015

To a better life

Assalamualaikum sistur !
hyeeee semuaaaa. ha, memang lama lah aku x update entry an , gambar tepi semua ni adalah masa aku form 3 dulu dulu nun. last entry aku adalah pd 28/11/13 . dua tahun lepas. hahaha. kau rasa?

entah kenapa, hati aku mendesak aku untuk menulis entry ni . haha, wtv. aku dh x aktif dh belogg. aku ada semangat mnulis belog ni pun 3 tahun lepas. wktu x matured lg, lgpun byk post entry aku dlu aku padam . 

idk why la, aku teringat kisah kisah aku dulu echewahh. Yelah, kalau nk ckp psl kisah silam semua ada, aku pun ada. dari kisah silam tu lah kita try to be a better person kan. Bila diingatkan kembali macam mana aku boleh ubah dri untuk mndekatkan dri kepada Allah tu sngatlah susah nk dpt pengalaman tu balik. Hidayah Allah sgt priceless. aku pun xtahu mcm mana terdetik nk ubah jadi lebih baik , bukannya tahap ustazah lg cuma berada di tahap yg lebih baik. Semuanya dtg sekejap je , I mean mcm mana aku nk berubah. aku takdelah berubah drastik gittew. sikit sikit dr yg pakai tudung tk ttup dada, pakai pakaian ketat whatsoever lah ke yg lbih appropriate insaAllah. Tapi smpai satu masa dulu tu aku nangis x hnti teringat balik dosa dosa aku , memang aku x tipu la tiap tiap hari aku nangis bila ingat bnda dosa kita dah buat. Even skang pun mmg susah nk lupa tapi semuanya dh lepas. kita kna move on. haha. 

Lepastu bila aku pindah masuk mrsm pulak , lagi lah menguatkan diri aku. masa aku form 4 aku ada roomate ni slalu share psl agama. kdg kdg bila dia tahu aku sedih dia slalu nasihatkan aku Allah sayang aku , semuanya ujian dr Allah. dari situlah aku jdi kuat . and kdg kdg aku ada mintak dia crita kisah kisah nabi apa semua. Alhamdulillah. Sebab tulah environment kita pnting. And kalo mrsm jugak mestilah ada solat jemaah and antara wktu antara maghrib n isya' ada bacaan al-Quran , maathurat . entahla , tp aku sgt suka program mcm ni . bukan je boleh mndekatkan dri dgn Allah tp megeratkan ukhuwah antara sistur sisturr. chewahh , kemain ko nad. Tapi aku mengaku kalau kisah silam mmg susah nk lupa. sentiasa je menghantui kita. 

So aku harap nnti kalau further study memana je ada lagi program agama . Sebab manusia ni kalau nkn berubah jahat tu mcm senang je nafsu shaitan bisik semua ada. Iman kita ni diibaratkan macam air yg menggelegak . InshaAllah , sama samalah kita perbaiki diri kearah yg lebih baik . Terus kekal tabah jika ada org ingin menjatuhkan kita . Yakin ganjaran di akhirat lebih lumayan drpd di dunia , peringatan utk saya juga. akhiri entry saya dengan Assalamualaikum. 
terima kasihh 

Thursday 28 November 2013

21 syarat takbiratul ihram





(image dri pakcik google)

Assalamualaikum.
update haini ada bertujuan untuk share satu ilmu tentang 21 syarat takbiratul ihram . Nad pun baru je tahu lepas pergi ceramah antara maghrib dan isya' dekat masjid berdekatan . Tapi nad sempat belajar sikit je sebab tak sempat dah masuk isya' ok , tapi still nad nak pelajari jugak yg separuh lagi . kita  tuntut ilmu sama2 :)




1 ) Ditakbir (dilafaz) dengan bahasa Arab (hal keadaan) bagi orang

yang kuasa (mampu) (bertutur) dengan dia (bahasa Arab), dan

jika tiada (kuasa) (nescaya) diterjemah akan dia (takbiratul

ihram) dengan barang apa bahasa ada ia (walau apa pun bahasa

selain bahasa Arab).



2 ) Dan dengan lafaz الله



3 ) Dan dengan lafaz أكبر



4 ) Dan dengan tertib antara keduanya (dahulukan lafaz الله sebelum

lafaz أكبر )



5 ) Dan pada ketika berdiri (betul) (bagi yang mampu berdiri)

pada sembahyang fardhu.



6 ) Dan ketiadaan mad (panjang 2 harkat atau lebih, mesti dibaca

pendek iaitu satu harkat sahaja) akan hamzah (wasol) lafaz الله

*satu alif = 2 harkat

satu harkat = 2 gerak anak jari buka dan tutup dari genggaman.



7 ) Dan tiada menggugurkan lafaz hamzah (qoto’) أكبر

* contoh: الله كبر



8 ) Dan ketiadaan mad akan ba’ أكبر

*contoh : أكبار



9 ) Dan ketiadaan tasydid akan dia (ba’ أكبر)

*contoh: أكبّر



10) Dan ketiadaan menambah wau sakin atau yang berbaris antara

2 kalimahnya ( الله dan أكبر ).

*contoh: اللهو أكبر

الله وَأكبر



11) Dan ketiadaan wau dahulu daripada lafaz الله

*contoh: والله



12) Dan ketiadaan menukar hamzah (أكبر) dengan wau.

*contoh: الله وكبر



13) Dan ketiadaan menukar kaf أكبر itu dengan hamzah (أكبر)

*contoh: كأبر



14) Dan ketiadaan memanjang akan alif yang antara lam dan ha’

(الله) itu lebih daripada 14 harkat.



15) Dan ketiadaan diam yang panjang antara dua kalimahnya

(takbiratul ihram) iaitu diam yang lebih daripada kadar

bernafas dan penat atau diam yang pendek yang diqosad

dengan dia memutus akan takbirnya.



16) Dan memperdengar akan dirinya akan sekelian hurufnya



17) Dan masuk waktu



18) Dan padahal menghadap qiblat



19) Dan dita’khir akan dia (takbiratul ma’mum) kemudian

daripada takbiratul ihram imamnya pada hak makmum



20) Dan ketiadaan mempaling akan dia daripada takbiratul ihram

kepada takbir yang lain daripadanya



21) Wajib dimuqoronah ertinya diserta akan niat sembahyang itu

dengan dia (takbiratul ihram).



Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin

Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari

credit to : here