Mrs. Owner

When someone trying to bring you down when you want to be a better muslim , just say .. You are a test that Allah has sent to me :)

People palingg spotting!

Thursday 28 November 2013

21 syarat takbiratul ihram





(image dri pakcik google)

Assalamualaikum.
update haini ada bertujuan untuk share satu ilmu tentang 21 syarat takbiratul ihram . Nad pun baru je tahu lepas pergi ceramah antara maghrib dan isya' dekat masjid berdekatan . Tapi nad sempat belajar sikit je sebab tak sempat dah masuk isya' ok , tapi still nad nak pelajari jugak yg separuh lagi . kita  tuntut ilmu sama2 :)




1 ) Ditakbir (dilafaz) dengan bahasa Arab (hal keadaan) bagi orang

yang kuasa (mampu) (bertutur) dengan dia (bahasa Arab), dan

jika tiada (kuasa) (nescaya) diterjemah akan dia (takbiratul

ihram) dengan barang apa bahasa ada ia (walau apa pun bahasa

selain bahasa Arab).



2 ) Dan dengan lafaz الله



3 ) Dan dengan lafaz أكبر



4 ) Dan dengan tertib antara keduanya (dahulukan lafaz الله sebelum

lafaz أكبر )



5 ) Dan pada ketika berdiri (betul) (bagi yang mampu berdiri)

pada sembahyang fardhu.



6 ) Dan ketiadaan mad (panjang 2 harkat atau lebih, mesti dibaca

pendek iaitu satu harkat sahaja) akan hamzah (wasol) lafaz الله

*satu alif = 2 harkat

satu harkat = 2 gerak anak jari buka dan tutup dari genggaman.



7 ) Dan tiada menggugurkan lafaz hamzah (qoto’) أكبر

* contoh: الله كبر



8 ) Dan ketiadaan mad akan ba’ أكبر

*contoh : أكبار



9 ) Dan ketiadaan tasydid akan dia (ba’ أكبر)

*contoh: أكبّر



10) Dan ketiadaan menambah wau sakin atau yang berbaris antara

2 kalimahnya ( الله dan أكبر ).

*contoh: اللهو أكبر

الله وَأكبر



11) Dan ketiadaan wau dahulu daripada lafaz الله

*contoh: والله



12) Dan ketiadaan menukar hamzah (أكبر) dengan wau.

*contoh: الله وكبر



13) Dan ketiadaan menukar kaf أكبر itu dengan hamzah (أكبر)

*contoh: كأبر



14) Dan ketiadaan memanjang akan alif yang antara lam dan ha’

(الله) itu lebih daripada 14 harkat.



15) Dan ketiadaan diam yang panjang antara dua kalimahnya

(takbiratul ihram) iaitu diam yang lebih daripada kadar

bernafas dan penat atau diam yang pendek yang diqosad

dengan dia memutus akan takbirnya.



16) Dan memperdengar akan dirinya akan sekelian hurufnya



17) Dan masuk waktu



18) Dan padahal menghadap qiblat



19) Dan dita’khir akan dia (takbiratul ma’mum) kemudian

daripada takbiratul ihram imamnya pada hak makmum



20) Dan ketiadaan mempaling akan dia daripada takbiratul ihram

kepada takbir yang lain daripadanya



21) Wajib dimuqoronah ertinya diserta akan niat sembahyang itu

dengan dia (takbiratul ihram).



Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin

Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari

credit to : here




No comments:

Post a Comment

hye awaakkk. jangan malu jangan segan nak tgglkan coment yah . trime kashii .